Jason and the Argonauts
Jason and the Argonauts

Jason and the Argonauts

Jason and the Argonauts ("Jason dan Kelasi-Kelasi Argo") ialah sebuah filem pengembaraan sejarah dari Amerika Syarikat tahun 1963 arahan Don Chaffey dengan lakonan Todd Armstrong, Nancy Kovack, Honor Blackman dan Gary Raymond untuk Columbia Pictures. Ia merupakan adaptasi karya sastera Yunani purba berjudul Argonautika karya Apollonios dari Rodos.Filem ini dikenali kerana memaparkan kesan khas yang canggih pada ketika itu, terutamanya dengan animasi gerak pegun arahan Ray Harryhausen untuk mengerakkan watak-watak raksasa dalam cerita ini.